Asam Pedas Adik
Biasanya
si adik akan tiru masakan si kakak. Atau sesiapa yang lebih tua. Kerana
Melayu mudah lupa ni memang sudah terbiasa, orang lama, orang dulu atau
orang tua yang makan garam terlebih dulu banyak pengalaman. Ilmu pula
setinggi langit.
Tidak
juga. Banyak benda yang saya tak tahu buat dengan sempurna hingga
sekarang. Dan hasilnya sangat hebat di tangan saudara kandung saya yang
lebih muda.
Walaupun
begitu, saya sebagai Melayu mudah lupa ini memang terpaksa akur bahawa
masakan orang lama, lebih sedap dan menyelerakan. Macam masakan mak.
Pehh!!
Sekarang
dah menurun kepada Cikgu Sains pula. Bapak sedap masakan dia. Dan
satu-satunya bapa di rumah ini, memang tak habis-habis membuatkan Cikgu
Sains terconget ekor. Mee kari habis sepinggan, sebakul dia komen sedap.
Nasi lemak dilahap 4 senduk, 4 lori juga dia kata lazat. Saya tak boleh
nak jeleslahkan. Sekurang-kurangnya banyak ilmu masakan saya kutip dari
Cikgu Sains-idola saya.
Sama
juga dengan resipi asam pedas ini. Tak sangka adik bongsu saya yang
manja mengada-ngada boleh masak asam pedas yang boleh tahan juga
rasanya. Selepas menggunakan resipi minah manja mengada ni, kekal hingga
sekarang saya gunakan resipi ini saja.
Cuma
untuk catatan, prinsip less is more memang not applicable untuk memasak
asam pedas ini. Semuanya kena banyak. Kalau tidak, rasanya mungkin lecas dan hambar macam ikan rebus saja.
Bahan-bahan:
½ kg daging/ayam
atau 3 keping ikan merah atau kepala ikan
(untuk paparan minggu ini Kak Temah guna 3 keping isi dan ekor ikan Jenahak)
5-6 senduk cili kisar
*2 labu besar bawang besar
*6 ulas bawang putih
*10 ulas bawang merah
*2 inci halia (anggaran sebesar ibu jari kaki)
*2 inci kunyit hidup (anggaran sebesar ibu jari tangan)
*2 sudu besar lada hitam
Air asam jawa pekat
2 -3 keping asam keping
3 batang serai-dititik
Kacang bendi
Tomato
Garam, gula perasa secukupnya
Daun kesum
Minyak
untuk menumis (anggaran jumlah minyak yang diperlukan : apabila
dimasukkan bahan kisar, lebihan minyak yang timbul kira-kira setengah
inci di permukaan periuk/kuali)
Cara-cara:
- Kisar semua bahan yang bertanda * hingga lumat. (untuk jumlah ikan/daging seperti di atas, jika dicampur bahan kisar dan cili kering yang dikisar , akan menjadi kira-kira satu setengah jug blender)
- Tumiskan bahan kisar bersama cili hingga garing.
- Apabila sudah garing, masukkan air, serai dan air asam jawa. Biarkan reneh dengan api perlahan. Lagi lama lagi bagus. Apabila sudah menggelegak, masukkan daging/ayam dan daun kesum. Masak lagi hingga betul-betul pekat. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.
Biasanya
dalam resipi lain akan cadangkan kita makan dengan nasi panas-panas.
Tak semestinya taat sampai macam tu sekali. Sebab kalau dah lauknya
sedap macam yang kita tengah saksikan dengan penuh debar ni, makan
dengan nasi basipun boleh buat kita nikmati dengan penuh berahi.
Perggghh 14 kali!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar