IKAN RENDAM ASAM SANG ARJUNA
Heyyy!
jangan pandang sedei ye ekor ikan saya ni. Harus saya kena tendang
tergolek dua kali sebelum masuk longkang kalau memperlekehkan lauk
kegemaran nombor 'ke satu' Sang Arjuna ni.
Muahahahahaha
gelak lagi seraya melafazkan kata-kata "wahai sahabat sekalian alam,
lauk inilah yang bisa membuatkan Sang Arjuna saya akan bersila lebar
sambil tangan kiri 'mengilas' kain pelikat cap peti surat untuk
melonggarkan ikatan.
Lauk yang paling universe ya bro-bro semua. Nak cari suri, ha carilah yang pandai masak ikan macam ni. Kalau tidak, memang tak pass la senang kira.
Mula-mula
rasa kuah, hilang sikit rasa terkehel kaki. Senak kat usus kecil terus
jadi longgar. Bila cubit isi ikan, gaul dengan nasi, letak kuah lagi.
Adoi mak! Terus jadi muda 10 tahun dari usia sebenar!
Kerana
apa? Kerana semua sel-sel dalam otak telah berhubung. Sejurus lepas tu
otak akan menghantar pesanan kepada semua anggota. Anggota tubuhpun
segera bermuzakarah dan sepakat membawa berkat mengatakan yang, yang,
yang inilah lauk yang paling oh dahsyat! dahsyat!
*Jika
tetiba anda rasa terbit bintang-bintang kecil atas kepala, perlahankan
bacaan ya. Itu mungkin kesan sampingan. Itu kalau bintang, tapi kalau
nampak bulan, galaksi bima sakti dan ada ambulans sekali, baiklah
hentikan pembacaan serta-merta ok?!
Bahan-bahan:
Sumber : Ibu Mertuaku
2 keping isi ikan merah/jenahak * tapi bahagian ekor paling universe bro!
Serbuk kunyit dan garam - perapkan pada ikan
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 biji bawang besar -potong bulat
1-2 biji cili besar-potong serong
Air asam jawa
Garam dan perasa (jika suka)
Minyak
Cara-cara:
- Goreng ikan yang telah diperap dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
- Buang sedikit baki minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan tadi.
- Tumbuk bawang merah,bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau.
- Masukkan air asam jawa. Juga garam dan serbuk perasa.
- Masukkan bawang besar dan cili besar dan masak hingga layu.
- Masukkan ikan, gaul sebentar dan angkat.
Cer cuba masak untuk Sang Arjuna masing-masing, harus dia ajak dating kat Krabi. Heeee.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar